Preview Kitab al-Ghaayah wa al-Taqrib Matan Abi Syuja' |
Pendahuluan (source: http://alkutawi.blogspot.com/2011/01/pengenalan-matan-al-ghayah-wa-al-taqrib.html ):
Matan al-Ghaayah wa al-Taqrib atau Matan Abi Syuja’ karya Imam Abu Syuja’ Ahmad bin al-Husain bin Ahmad
al-Ashfahani adalah ringkasan fikih madzhab Syafi’i yang terkenal. Al-Azhar telah menjadikan kitab al-Iqna’
fi Hall Alfadzh Abi Syuja’ karangan Imam al-Khathib al-Syirbini yang merupakan syarah kepada Matan Abi Syuja’
tadi sebagai sukatan pelajaran bagi pelajar peringkat sekolah.
Imam Abu Syuja’ telah mempelajari madzhab Syafi’i lebih dari 40 tahun. Imam al-Silfi berkata: beliau adalah antara orang-orang yang tunggal (dari segi kehebatan, kepandaian, ketokohan, dan sebagainya) pada zamannya. Abu Syuja’ telah diberi umur yang panjang sehingga al-‘Allamah al-Dairabi pun mengatakan bahawa beliau pernah hidup selama 160 tahun. Beliau meninggal di al-Madinah al-Munawwarah pada tahun 593 Hijrah.